Saturday, 25 March 2017

Welcome to Japan Phone Online


Peminat-peminat drama dan anime Jepun pasti mengetahui budaya telefon bimbit Jepun yang selalu disebut sebagai 'keitai'. Keitai ialah short form kepada 'keitai-denwa' yang membawa maksud telefon mudah alih. Walaupun smart phone sangat popular di seluruh dunia pada masa kini, namun penggunaan flip phone di Jepun masih relevan dan menjadi trending di sana. 

Masyarakat Jepun amat mementingkan kesempurnaan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam pembuatan telefon bimbit. Bukan setakat mempunyai bentuk yang comel, malah kebanyakan telefon bimbit keluaran Jepun adalah canggih dan berkembang selaras dengan keperluan masyarakatnya. 

Terdapat 3 syarikat utama yang mengeluarkan telefon iaitu DOCOMO NTT, Softbank dan KDDI. Telefon bimbit yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat itu menggunakan line yang sama seperti syarikat pengeluarannya. Persoalannya, adakah telefon bimbit Jepun dapat digunakan di luar negara?

Pada masa kini, pembekal kami di Jepun akan unlocked dan mengalih bahasa dari bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris sebagai bahasa universal. Selalunya, penghantaran akan mengambil masa selama 7-10 hari untuk sampai kepada pembeli. Pembekal kami adalah trusted seller untuk telefon bimbit yang dipasarkan ke luar negara. Pihak kami hanyalah pemudah cara kepada pelanggan di Malaysia yang menggemari telefon bimbit dari Jepun namun tidak tahu bagaimana hendak membelinya.


Kami ialah pengedar keitai yang comel-comel dan canggih dari Jepun yang telah unlocked dan dialih bahasa dan pasaran kami adalah untuk pengguna di Malaysia. Kami mempunyai pelbagai model pilihan seperti Fujitsu, Panasonic, Sharp, Sony dan sebagainya untuk dipilih. Kami tidak akan paparkan harga kerana harga adalah bergantung kepada kadar currency semasa dari JPY kepada MYR termasuklah kos penghantaran dan sebagainya. Anda boleh Add kami di Facebook dan email kami untuk sebarang pertanyaan tentang telefon bimbit yang menjadi pilihan hati. 

No comments:

Post a Comment